January 27, 2018

Macam mana nak gunakan sosial media untuk meningkatkan jualan anda? Saya pasti anda memang dah tahu guna cara sosial media ni tapi betul ke cara yang anda gunakan selama ni?

Kebanyakan sosial media sekarang ni sudah asingkan pengguna untuk yang hanya mahu bersosial dengan yang mahu berbisnes. Sebagai contoh Facebook.

So macam biasa, saya akan explain sikit cara untuk anda gunakan sosial media dan macam mana anda nak gunakan sosial media ni untuk tingkatkan lagi jualan anda.

Walaubagaimanapun, artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Betul atau tidak itu terpulang dekat anda. Baca boleh, tapi jangan percaya.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Kenalkan Diri Anda Pada Audience

Tidak kira sama ada anda ingin gunakan personal branding ataupun syarikat, anda kena kenalkan diri anda pada orang lain dahulu.

Maksud saya kenalkan diri di dunia di luar sana bukan bagitau nama, umur, jantina tu. Kes sajat mungkin wajib bagitau lah kot rasanya. Tapi bukan tu maksud saya.

Kenalkan diri tu bermaksud bagi mereka kenal anda atau bisnes apa yang anda lakukan.

Sebagai contoh McDonald. Kalau zaman dahulu kala mungkin anda tak tahu pun McDonald ni apa. So anda kenalah explain yang McDonald ni jual makanan fast food dan bukannya jual alatan muzik.

Ini cuma fasa permulaan. Tanamkan dalam ingatan audience anda berkenaan dengan bisnes anda. Kalau dah famous macam McDonald tu letak huruf “M” je pun orang dah tau siapa anda.

Kumpul Audience / Follower Anda Dahulu

Cara paling efektif untuk kumpul follower adalah dengan sharing. Tidak kisah sama ada anda sendiri yang share atau bagi pihak syarikat. Janji share.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Contoh anda menjual supplement kuruskan badan.

Anda sepatutnya share dahulu tentang tips2 cara kuruskan badan secara organik atau cara tradisional.

Selepas anda ada sejumlah follower yang suka dengan sharing anda, baru ceritakan sedikit tentang produk yang anda jual.

Dalam fasa ni, anda tidak sepatutnya menjual terus. Hanya ceritakan sahaja tentang kebaikan produk itu tanpa ada unsur menjual sedikit pun.

Ada kemungkinan anda dapat customer, tapi tujuan dekat sini adalah untuk membina trust. Sebab kalau dah kenal kena ada trust dahulu barulah ada orang nak membeli.

Sosial Media Untuk Bersosial

Ramai jugak yang saya tengok orang yang suka sangat promote barang / servis dia di laman Facebook mereka sendiri. Benda tu tak salah tapi kurang betul.

Platfom bersosial ni adalah tempat pengguna untuk bersosial. Bukannya pasar.

Kalau nak jadi macam pasar boleh try promote barang dekat Mudah.my. Situ memang direct promote barang.

Tapi laman sosial memang tempat untuk bersosial. Bermaksud tolong jangan hardselling di situ. Orang confirm akan menyampah dengan anda.

Lebihkan post2 yang santai dan mesra. Kalau nak meroyan atau nak cerita pasal rumah tangga memang saya tak suggest.

Update Pada Waktu Yang Sesuai

Pernah beberapa kali saya nampak orang sharing di laman sosial mereka. Tu dah bagus dah, tapi dia post waktu jam 3 pagi.

Saya jawap senang je. Sakai.

Postlah waktu orang tenga aktif online. Aduhai.

Tapi bila nak post, tengok jugak dengan market segment anda. Sebab ada orang akan aktif pada waktu siang, ada yang aktif pada waktu malam.

Sebagai contoh, anda mahu target orang luar negara. Saya ambil US. Waktu di US dengan Malaysia konfem2 lain. Sini siang tapi dekat sana malam. Sini malam dekat sana siang.

So jangan la post waktu siang. Sebab diorang tenga tidur. Paham kan apa yang saya cuba sampaikan?

Jangan Menjual Di Laman Sosial

Yang ni saya tahu ramai yang buat. Mereka menjual di laman sosial mereka sendiri.

Tak salah nak buat sebab saya pun pernah buat masa awal-awal berniaga dulu. Tapi lepas ada budget sedikit, saya terus buat website dan menjual dengan menggunakan website.

Bermaksud laman sosial ni adalah tempat untuk saya buat branding dan juga awareness tentang bisnes saya.

Banyak masa saya jimat tanpa layan karenah manusia dan saya mampu mengembangkan lagi bisnes saya dengan lebih cepat. Bermaksud lagi banyak duit saya buat lah.

Kalau anda nak belajar buat website sendiri dengan kos yang murah, anda boleh klik sini.

Buat website sekarang tak susah macam dulu. Tak perlu pandai coding pun. Kos domain baru RM50, kos untuk hosting pula dalam RM100. Ni harga normal. Boleh je dapat murah lagi.

Anda boleh klik sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal domain & hosting.

Gunakan Platfom Berbisnes Di Laman Sosial

Bila duduk menumpang di tempat orang, kita kenalah ikut rule yang dah ditetapkan.

Sebagai contoh Facebook. Kalau berbisnes, anda wajib menggunakan Facebook Page dan bukannya Facebook Personal anda.

Sebelum ni ada berita bahawa pihak FB sendiri akan kick / delete akaun fb anda kalau anda cuba menjual secara serius di fb personal anda.

Jangan marah pihak fb pulak. Diorang buat macam tu sebab nak jaga laman sosial diorang.

Fuhhh..

Saya rasa ini je kot yang saya nak sharing. Kalau ada lagi nanti saya akan tambah.

Sekiranya anda ada nak komen apa-apa atau bertanya soalan, anda boleh je komen dekat post bawah ni. Ada masa saya akan reply sorang-sorang. Sekian 🙂

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

[author title=”About the Author”]

 

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}