Kebanyakan web developer (pembuat website) ada masalah tentang pemilihan hosting provider yang bagus di Malaysia ini.
Kebiasaannya mereka yang baru nak bermula buat website ni selalu nak yang murah. Dan kalau boleh nak unlimited penggunaan website tu.
Bukannya tak bagus, tapi untuk permulaan anda tidak seharusnya memilih hosting yang seperti itu atas sebab sebab tertentu.
Sebelum anda membeli, anda perlu pilih dulu pakej hosting yang bersesuaian dengan bisnes anda.
Jenis Web Hosting
Jenis hosting ni ada banyak sebenarnya tapi saya cuma akan terangkan 3 jenis yang basic iaitu:
- Shared hosting
- VPS
- Dedicated Hosting
Saya akan terangkan satu per satu dan cuba bagi anda paham tentang jenis hosting ini.
Shared Hosting
Ini adalah hosting yang kebiasaanya orang pakai.
Bagi anda yang masih baru nak bermula ada website sendiri, saya sarankan anda pilih je Shared Hosting ni sebab ianya murah dan sesuai untuk mereka yang baru bermula.
Maksud shared disini adalah anda akan berkongsi dengan orang lain juga dalam satu server.
So paham-paham lah bila berkongsi ni. Murah memang murah. Tapi website loading speed anda akan jadi slow.
Slow tak slow ni pulak bergantung dekat design website anda.
Kalau jenis yang canggih-canggih memang akan slow. Kalau sekadar nak buat blog biasa memang takda masalah.
Saya sendiri masih pakai shared hosting ni sampai sekarang.
VPS
Untuk developer app atau yang lebih expert, anda boleh gunakan VPS kerana ianya sangat bagus.
Sebahagian daripada website saya juga ada menggunakan VPS ni. Harganya memang berbeza sedikit berbanding dengan Shared Hosting.
Kalau anda berangan nak gunakan VPS ni sebab ada bajet, pastikan anda tahu untuk menggunakan server VPS ni. Banyak kerja-kerja teknikal yang anda perlu tahu tau.
Antara hosting provider yang ada pakej VPS yang murah ni adalah digitalocean.com.
Dedicated Hosting
Okay. Jenis hosting ni pulak memang yang paling superb. Tapi mahal dia memang mahal gila.
Biasanya hosting jenis ini digunakan oleh syarikat yang besar seperti Maybank, CIMB, Airasia, dan sebagainya.
VPS dengan Dedicated tak kurang bezanya cuma Dedicated Hosting menggunakan hardware yang jauh lebih hebat daripada VPS demi menampung pengunjung yang banyak ke website tersebut.
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Kalau nak cerita bab rumah, anda boleh anggap Shared Hosting (Apartment), VPS Hosting (Rumah Teres), Dedicated (Rumah Banglo).
Pemilihan Hosting Provider
Apa tujuan website anda dan siapa pengunjung anda?
Tanya benda ni dulu dekat diri sendiri sebelum anda dapatkan pakej hosting.
Sebab kelajuan website (loading speed) anda bergantung kepada “dengan siapa” hosting provider yang anda pilih.
Penting untuk anda pastikan yang website anda ni laju sebab kalau ada orang nak masuk website anda, dia takkan tunggu sampai 20 saat semata-mata untuk masuk ke website anda.
Timing yang terbaik adalah kurang daripada 3 saat. Barulah orang nak masuk website. Kalau website pun lembab siapa nak tengok dan masuk website anda kan?
Sekiranya anda target orang US (Amarika) untuk masuk ke website anda, pastikan anda pilih hosting daripada sana.
Ini kerana hosting yang lebih dekat dengan pengunjung mampu untuk mempercepatkan proses loading speed website anda tu atas dasar server yang lebih dekat.
Jadi kalau target orang Malaysia, pilihlah hosting daripada Malaysia. Simple kan?
Hosting Provider Mana Yang Anda Patut Pilih?
Benda ni antara masalah yang paling besar dalam pengalaman saya sejak 2 tahun lepas.
Kebanyakan hosting company tidak bagus seperti yang diperkatakan. Jadi banyak jugak hosting yang saya try dan berpindah-pindah.
Tapi saya tak pilih hosting provider base on server dia bagus atau tak tapi dari segi support hosting provider tu sendiri.
Sebab pernah sekali website saya down dan pihak hosting tu makan masa 3 hari untuk reply mesej saya. Banyak customer lari masa tu. Rugi tu dah tentulah.
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Jadi di bawah ni adalah list Hosting Provider yang saya boleh suggest dan sangat bagus dari segi support.
Hosting Provider Malaysia:
Hosting Provider Mat Salleh:
Buat masa ini saya sangat berpuas hati dengan support yang diberikan oleh Serverfreak. Server pun agak laju. Tapi yang lain pun bagus jugak.
So kalau anda ada apa-apa nak komen, boleh terus komen di bawah dan bagi pandangan anda juga ya 😀
Nak Belajar Online Marketing?
Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!
[author title=”Tentang Penulis”]
Assalamualaikum ,want to ask why u Tak pilih hosting matsalleh punya cause I Google macam2 and find out yg HostGator quite good .. if I nak beli HostGator macam mana nak bayar via maybank2u or something else and I rasa tk mahal sangat cause they provide montly punyaa so $3.9 around RM 15.00 right?? .. can dapatkan nasihat sikit tk?? and I beli domain actually want to start blogging
Waalaikumussalam.
Macam saya cakap dalam artikel ni, pemilihan hosting patut base on siapa target audience kita. Example kita nak buat blog untuk warga US yang baca, memang saya akan pilih hostgator.
Tapi kalau saya nak target market audience Malaysia, better saya pilih hosting di Malaysia sahaja. Hosting yang saya rekemen dekat bahagian artikel ni memang saya dah guna dan ianya lebih kurang sama je bagusnya.
Cuma yang penting dari segi security dari pihak hosting provider. Kita taknak website kita tu masuk malware or virus yang boleh merosakkan website kita.
Macam saya nak buat website utk company saya.
Boleh tak kalau beli hosting lepas tu nak guna untuk bina dekat website lain, Contonya wixsite.com, duda.com, wordpress dan lain2.