December 3, 2020

Nak bina bisnes online sekarang ni mudah je. Semuanya ada di hujung jari anda. Fuhh.

Perbezaan antara dulu (tahun 2010 ke bawah) dan sekarang memang beza sangat. Kalau dulu istilah internet ni pun tak wujud. Tapi bukan untuk zaman sekarang.

Banyak platfom yang anda boleh gunakan seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Google, Twitter, LinkedIn dan macam-macam lagi untuk anda mempromosikan produk /servis anda.

G-Series Video Panduan Marketing

Yes. Mudah je zaman sekarang.

Tapi yang tak bestnya, dah ramai sangat pesaing. Lagi-lagi bila banyak jerung-jerung yang dah conquer platfom-platfom yang saya mention dekat atas tadi.

So macam mana?

Apa Yang Anda Patut Buat

Saya sentiasa nasihatkan dekat kawan atau usahawan lain supaya perkukuhkan basic bisnes dulu. Sebab mostly semua nak terus advance je. Basic takde.

Ye saya tau semua nak kaya cepat tapi nak kaya bukan boleh 1 malam cik abang oi.

Orang yang dah kawin pun berusaha nak dapatkan anak. Mana boleh esok kawin, lusa dah dapat anak. Tak logik. Ha macam tulah istilahnya.

Jadi kukuhkan dulu pengetahuan anda tentang basic knowledge tentang bisnes. 



Cara Bina Bisnes Online

Terma “Bisnes Online” ni bagi saya bukan anda menjual di platfom online. Bisnes adalah bisnes. Online adalah online. Part ni nak kena paham dulu.

Tapi orang kita biasa gunakan terma Bisnes Online bila seseorang tu menjual di platfom online. So kita layankan jelah dulu.

So back to topic, macam mana nak bina bisnes online?

Relax, saya terangkan satu per satu di bawah. Jangan gopoh-gopoh. Chill je.

Okay first sekali, anda kena tahu dulu tentang jenis bisnes / niche yang anda ingin jalankan.

Pemilihan Bisnes & Niche

 

Part ni penting sebab ia menentukan sama ada anda memilih untuk buat servis atau menjual produk. Untuk kes ni, anda wajib buat sedikit research.

Sebab banyak niche yang dah terlalu ramai pesaing. Jadi nak cari niche yang ada demand yang tinggi but at the same time senang untuk anda jual tu susah sikit.



Sebagai contoh tudung. Demand memang tinggi. Setiap kali raya perempuan mesti nak beli tudung baru. Tapi tengoklah pasaran tudung dekat luar tu macam mana. Dah macam pasar. Ramai sangat dah.

Tapi saya tak kata tak boleh jual tudung. Sebab dalam industri fashion, mesti ada 1 issue / masalah yang tak dapat settle.

Mungkin tudung yang orang lain jual tu senang lusuh. Asal basuh je mesti lusuh. So dekat sini anda kena buat produk tudung yang kainnya takkan lusuh langsung. So baru lah orang nak beli tudung anda. Ini contoh.

So kena belajar untuk buat research sikit. Yang ni la yang saya cakap kena kuatkan basic bisnes dulu. Kalau paham betul-betul, anda tau apa yang anda kena buat.

Then lepas tu barulah anda pilih bisnes apa yang anda nak buat.

Okay, tadi cakap pasal bisnes online kan? Bila sebut online ni, ada 1 perkara yang bagi saya wajib anda buat bila nak masuk dalam dunia online. Iaitu buat website. 

G-Series Video Panduan Marketing

Bina Website

Kenapa nak kena ada website? Ini soalan yang biasa saya terima. Nak kena buat website ke?

Well jawapan saya simple je. Ye. Kena buat website.

Sebab website ni adalah tempat untuk anda planning strategi marketing anda & juga tempat untuk anda mengumpul database pelanggan. At the same time, orang percaya lebih dekat bisnes yang ada website.

Website ni sebenarnya tak wajib. Tapi die boleh bantu boost jualan anda jika anda pandai gunakan fungsi website sepenuhnya. So terpulanglah anda nak ada website ke tidak.

Banyak dah platfom yang anda boleh gunakan untuk bina website pertama anda seperti WordPress, Easystore, Shopify dan lain-lain lagi.



Pelajari Ilmu Copywriting

Now kita sembang pasal copywriting. Copywriting ni sebenarnya adalah ayat yang kita guna pakai untuk content & advertising.

Ini adalah ilmu asas yang wajib anda kuasai kalau anda nak mempengaruhi pelanggan anda. Bukan pengaruh macam santau tu. Tapi lebih kepada nak buat pelanggan kita membeli produk /servis kita.

Ayat kena baik habis kalau nak pikat hati pelanggan. Ala macam nak mengorat. Kena lah tahu guna ayat manis. Cuma jangan ada unsur penipuan disini.

Gunakan Sosial Media

 

Yang ni tak perlu nak explain panjang lebar dah kot. Rasanya semua orang tahu impact bila gunakan sosial media sebagai platfom untuk marketing.

Apa pun kena bijak mengguna jugak. Maksud saya adalah anda kena guna platfom di mana prospek anda berada.

Sebagai contoh niche hartanah. Mungkin di Instagram tiada prospek anda disitu. Mungkin Facebook adalah lubuknya. So wajar untuk anda gunakan platfom Facebook berbanding dengan Instagram.

Kalau tak bazir masa dan tenaga kalau anda terlampau fokuskan content di Instagram berbanding dengan Facebook. Sama juga dengan LinkedIn atau Twitter.

Adakah prospek anda ada disitu?



Gunakan Google Tool

Google ada banyak produk percuma yang anda boleh gunakan. Kebanyakannya memang membantu bisnes anda yang baru nak berkembang. 

Jadi kalau anda startup ataupun yang dah lama berbisnes, anda boleh gunakan Google Tool yang ada. Antara Google Tool yang saya biasa pakai adalah:

  • Google Ads
  • Google+
  • Google Search Console
  • Google Alerts
  • Google Analytics
  • Google Calendar
  • Google Drive
  • Gmail
  • Google Trends
  • YouTube

Mungkin ada yang saya tak tulis. So anda boleh search dekat Google sendiri tentang produk-produk yang mereka ada.

Okay kita sudah sampai ke penghujung. Apa yang saya bagitau dekat atas ni semua antara part yang bagi saya wajib. Kalau ada tambahan saya akan sambung je tulis dekat artikel ni.

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. Assalamualaikum..saya ada satu masalah baru² ni saya buat satu Google Ads untuk rangkaian website affiliate. Google tak Lepas ads saya atas sebab URL website Ada kesalahan. Saya dah Cuba Cari masalah untuk solve masalah itu namun Masih xberjaya. Mohon bantuan tuan

    1. Kalau guna Google ads untuk link affiliate memang tak boleh. Sepatutnya direct ke web sendiri dulu then dalam content web tu letak link affiliate.

      Mana-mana platform memang tak bagi letak link affiliate.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}