Asas & Konsep
Pasukan faham platform, terminologi dan prinsip — bukan sekadar tekan butang ikut tutorial.
Latih pasukan anda kuasai pemasaran digital sendiri
Bengkel pemasaran digital untuk pasukan dalaman syarikat. Daripada asas SEO sehingga lanjutan Google Ads — disesuaikan dengan industri dan keperluan spesifik anda. Pasukan anda belajar dari pengalaman sebenar, bukan teori sahaja.
Latihan korporat yang berkesan bukan setakat slaid dan kuliah. Pasukan anda perlu praktis dengan akaun sebenar, kempen sebenar dan keadaan bisnes sebenar. Setiap bengkel saya direka untuk hasil yang boleh diaplikasi keesokan harinya.
Asas & Konsep
Pasukan faham platform, terminologi dan prinsip — bukan sekadar tekan butang ikut tutorial.
Hands-on dengan Akaun
Peserta praktis terus dengan akaun bisnes anda — setup kempen, optimize ads, analisis data.
Pelan Tindakan Spesifik
Setiap bengkel berakhir dengan pelan tindakan 30 hari yang spesifik untuk bisnes anda.
Diliputi dari A hingga Z — daripada semakan awal sehingga laporan bulanan.
1 hari intensif: setup akaun, kajian kata kunci, struktur kempen, kreatif iklan dan pengoptimuman.
1 hari asas SEO: kajian kata kunci, on-page, kandungan dan teknikal — dengan demo praktikal.
2 hari penuh Facebook & Instagram: pixel, audiens, kreatif, full-funnel dan pengukuran.
1 hari strategi TikTok organik dan berbayar — termasuk format video yang viral.
1 hari setup automasi dari A hingga Z — siri aluan, segmentasi dan ujian A/B.
Direka khas untuk industri dan keperluan pasukan anda — daripada strategi sehingga taktik harian.
Setiap projek menghasilkan dokumen, sistem dan laporan yang anda boleh sentuh dan ukur.
Buku panduan dengan setiap langkah, contoh dan templat yang boleh digunakan.
Templat brief iklan, kalendar kandungan, dashboard pelaporan dan checklist.
Rakaman penuh untuk rujukan peserta selepas bengkel selesai.
Pelan spesifik untuk setiap peserta — apa yang perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari.
Saluran Telegram untuk soalan susulan dan bimbingan selepas bengkel.
Sijil rasmi untuk setiap peserta — boleh digunakan untuk pembangunan kerjaya.
Tiada short cut, tiada alat haram. Setiap projek dilaksanakan dengan platform yang diiktiraf industri.
Setiap projek mengikuti proses berstruktur ini — tiada tekaan, tiada kejutan.
Sesi dengan pengurus HR atau ketua jabatan untuk memahami tahap dan keperluan pasukan.
Bina silibus mengikut tahap peserta dan keadaan spesifik bisnes anda.
Bengkel bersemuka di pejabat anda atau dalam talian — dengan praktis hands-on.
Sokongan 30 hari melalui Telegram untuk soalan susulan dan bimbingan.
Yuran sehari untuk kumpulan sehingga 10 orang. Boleh ditambah untuk kumpulan lebih besar atau silibus khusus.
Satu topik, intensif
Topik mendalam atau multi-topik
Direka khas untuk industri / saiz
Semua harga tertakluk pada SST 8%. Sebut harga tepat selepas taklimat awal — bergantung pada skop dan keadaan bisnes anda.
Saya bekerja secara terus dengan setiap klien. Tiada lapisan birokrasi, tiada serahan kepada orang lain. Anda dapat pengalaman lebih 10 tahun, pemikiran strategik dan pelaksanaan yang teliti.
Bermula RM3,500 sehari untuk kumpulan 10 orang. RM6,500 untuk bengkel 2 hari. Sebut harga khusus untuk silibus customised atau kumpulan lebih besar.
Ya, biasanya di pejabat klien di Malaysia. Boleh juga dijalankan dalam talian menerusi Zoom — sesuai untuk pasukan jarak jauh.
Boleh. Contoh dan kajian kes akan disesuaikan dengan industri anda (F&B, e-dagang, perkhidmatan profesional, kewangan, dan lain-lain).
Ya, sijil kehadiran diberikan kepada setiap peserta. Untuk sijil akreditasi rasmi HRD Corp, boleh diuruskan secara berasingan dengan tambahan masa persediaan.
Boleh, dengan syarat silibus diluluskan terlebih dahulu. Saya boleh bantu dengan proses kelulusan SBL Khas — biasanya mengambil masa 2-3 minggu.
Konsultansi awal 30 minit — percuma, tanpa ikatan. Saya akan mendengar matlamat anda dan mencadangkan langkah pertama.
Mulakan Konsultansi Percuma →