October 30, 2017

Apa kelebihan menggunakan platfom Shopify & juga Easystore? Mana yang lebih baik? Dalam artikel ini, saya akan buat perbandingan tentang Shopify vs Easystore.

Di dalam dunia teknologi yang semakin berkembang kini, ramai yang dah mula berniaga dengan menggunakan website sendiri. Terdapat beberapa jenis website yang ada, tapi yang paling famous memang Ecommerce.

Memang banyak kelebihan bagi mereka yang dah mula menggunakan platfom website untuk berniaga.

Ianya lebih mudah sebab anda memang dah tak perlu melayan karenah manusia yang ntah pape.

Apa Kelebihan Website

Anda akan dapat:

  • Promote bisnes anda di Google. ( semua orang akan Google dulu sebelum beli apa-apa..)
  • Gunakan Intergrated Marketing ( Google, Facebook dan Instagram )
  • Boleh Iklankan semula kepada prospek anda ( Retargeting Facebook & Remarketing Google )
  • Kumpul database.
  • Tak perlu PM menggunakan whatsapp lagi.
  • Bisnes anda nampak lebih profesional.

Ada banyak lagi kelebihan, tapi dalam artikel ini saya akan terangkan lebih tentang Ecommerce.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Website Ecommerce

Ada yang tak tahu lagi ke Website Ecommerce tu macam mana?

Pernah dengar Lazada, Amazon, Ebay, Zalora, Shopee atau 11street?

Mereka tu semua adalah contoh website ecommerce yang ada. Itu saya ambil contoh antara yang memang tip top.

Website diorang tu guna coding. Tak guna website builder pun. Kalau nak hire developer untuk buat website macam tu memang makan kos dalam RM40K-RM100K.

Bukan calang-calang okay.

Tapi ini tak bermaksud anda tak boleh nak ada website ecommerce anda sendiri.

Teknologi sekarang lebih mudah. Tak perlu coding pun boleh buat website sendiri. Dan anda tak perlu keluar kos yang tinggi pun untuk setup website ecommerce.

Kini anda boleh pilih sama ada anda ingin menggunakan platfom Shopify atau EasyStore.

Kedua-duanya adalah website builder untuk menghasilkan website ecommerce.

Platfom Shopify

Pertama sekali, jom tengok platfom Shopify dulu.

Di bawah adalah pakej harga yang Shopify tawarkan.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Dari segi harga, Shopify sedikit mahal sebenarnya. Dah la dalam dollar. Kalau tukar ke  RM memang macam kena kapak sikit.

Tapi dari segi features yang ada dalam Shopify ni sebenarnya lebih seronok untuk orang macam saya.

Shopify ni lebih mesra untuk market oversea kerana penggunaan currency $dollar.

Anda boleh intergratekan sistem pembayaran melalui debit/kredit kad. Bukan tu je. Ada banyak lagi. Tapi yang biasa saya guna adalah Paypal. Best kalau nak buat duit dalam USD. Masyuk Oooo.

Berkenaan dengan pakej yang Shopify sediakan, anda boleh klik sini untuk tahu dengan lebih detail.

Anda Boleh Beli Third-Party Template Untuk Shopify

Shopify punya platfom membenarkan anda untuk edit website anda seperti yang anda mahukan. Anda juga boleh membeli template Shopify di themeforest.net.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Sekiranya anda memang nak custom habis dari segi layout website ecommerce anda, memang anda patut gunakan Shopify.

Bagi saya, memang saya suka dengan benda ni sebab saya amat mementingkan tentang design website tu sendiri.

Bukan untuk tunjuk orang yang website saya cantik, tapi mudah saya nak susun content website tu sendiri supaya lebih memudahkan customer untuk membeli di website ecommerce saya.

Blogging Dengan Shopify

Selain design yang menarik, Shopify membenarkan kita untuk buat blog di website ecommerce.

Benda ni akan memudahkan kita untuk tarik lebih banyak trafik ke dalam website kita. 

Pada awalnya EasyStore takde fungsi untuk buat blog ni, tapi sekarang dah ada. Memang best lah.

Platfom EasyStore

Walaupun saya lebih suka Shopify, ada beberapa faktor tentang EasyStore juga yang menarik perhatian saya.

Terutamanya dari segi harga.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Kalau nak dibandingkan dengan Shopify, harga yang EasyStore tawarkan adalah sangat-sangat murah & sangat-sangat berbaloi.

Bagi mereka yang baru nak start website ecommerce ni, memang saya amat galakkan untuk anda gunakan platfom EasyStore.

Kalau anda bayar untuk setahun terus boleh dapat lagi murah siap. Platfomnya lebih mudah untuk digunakan berbanding dengan Shopify.

Jika anda perhatikan, harga yang dikena pula adalah dalam bentuk RM (Ringgit Malaysia).

Jadi memang jimat yang teramat sangat kalau anda gunakan EasyStore ni. Fungsi yang ada pun lebih kurang je dengan Shopify.

Tapi untuk pengetahuan anda, anda tidak dapat custom website anda dan anda juga tidak dapat buat blog/content marketing untuk website anda sekiranya anda gunakan EasyStore.

Lebih Kepada Mesra Lokal (Malaysia)

EasyStore adalah satu platfom yang mesra lokal. (Untuk pembeli Malaysia).

Sebab untuk pembayaran di EasyStore, anda bukan sahaja boleh menggunakan debit/kredit kad malah boleh menggunakan online banking seperti Maybank, Cimb dan sebagainya.

Jadi mudah untuk pengguna Malaysia membuat pembelian di website ini.

Tapi bila saya cakap ianya mesra lokal, tak bermaksud anda tidak boleh jual di peringkat antarabangsa.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Kesimpulan..

Untuk memilih platfom mana yang lebih bagus ni memang susah.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Namun saya sudah terangkan apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada Shopify dan juga EasyStore.

Sampai sekarang saya masih susah nak pilih nak guna yang mana satu. Last2 guna dua dua sekali je 😛

Anda ada pendapat yang lain? Cuba komen sikit mana yang akan anda gunakan dan kenapa?

Mungkin ada sesuatu yang saya tertinggal.

[prompt type=”left” title=”Nak Belajar Cara Setup Ecommerce Step By Step?” message=”Anda kini boleh belajar untuk setup website ecommerce anda sendiri dengan kos yang rendah!” button_text=”KLIK SINI JIKA BERMINAT!” href=”https://shopievo.antr.co/shopievo-2/sayakacak”]

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

[author title=”Tentang Penulis”]

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}