July 20, 2020

G-Series Video Panduan Marketing

Teringin nak buat website dropship tapi taktau macam mana nak mula? Untuk artikel kali ni saya nak cover tentang AliDropship vs Sendsana.

First sekali, kalau anda masih taktau apa itu Dropship, anda boleh Google dropship tu apa dulu. Yelah takut tak paham apa benda pulak kan. Kalau dah tau bagus. Anda boleh terus baca artikel ni.

So AliDropship & Sendsana ni sebenarnya merupakan tool mudah untuk import produk yang ada di platform e-Commerce seperti Lazada, Shopee, Amazon, Ebay, ataupun Aliexpress ke dalam website e-Commerce (WordPress) anda.

Ada banyak sebenarnya. Anda boleh tengok ShipStation, Spocket, Oberlo, Easyship, Dropified, Printful dan banyak lagi tool yang lebih kurang sama.

Cuma saya tertarik dengan AliDropship & Sendsana untuk saya buat review kali ni. Tolong baca sampai habis ye. Hehe.

AliDropship Vs Sendsana

AliDropship merupakan plugin WordPress yang membantu anda untuk import produk-produk daripada Aliexpress ke website WordPress yang anda telah setup.

Kegunaan agak mudah kerana ia akan import semua benda termasuklah gambar produk, review comment, pricing, dan lain-lain yang diperlukan untuk anda terus mula menjual di website WordPress anda.

Anda kena tahu yang anda perlukan plugin Woocommerce untuk intergrasi ini berlaku.

Berlainan dengan Sendsana.

Sendsana merupakan browser extension dan ianya support untuk browser Google Chrome & Mozilla. Walaupun sedikit berlainan, fungsinya hampir kurang sama iaitu bantu anda untuk import produk ke dalam web store anda.

E-Commerce Yang Disokong Untuk Import Produk

AliDropship:

  • Aliexpress sahaja

Sendsana:

  • Aliexpress
  • Lazada
  • Shopee
  • Taobao
  • 1688
  • Alibaba

Platfom Yang Disokong Untuk Intergrasi

AliDropship:

  • WordPress

Sendsana:

  • WordPress
  • Shopify

Cara Kegunaan Import Tool Ini

Untuk AliDropship, ianya agak praktikal untuk setup. Anda kena pastikan plugin AliDropship yang anda download support dengan PHP Version yang anda gunakan untuk server anda. Dan anda kena pastikan ionCube di aktifkan di server anda.

Selebihnya, anda kena ada pengetahuan yang tinggi dalam setting Woocommerce untuk gunakan AliDropship ini. Berikut adalah gambar setting yang ada di dalam AliDropship ini.

AliDropship Vs Sendsana

AliDropship Vs Sendsana

 

Untuk Sendsana, anda boleh download browser extension Sendsana dan boleh terus gunakannya di web store anda. Hanya dengan 1 klik import & CSV import.

Seperti AliDropship, anda juga kena setting Woocommerce anda untuk gunakan Sendsana. Berikut adalah gambar setting Sendsana.

Extension Sendsana

 

Sendsana Shopee

 

Selepas menggunakan kedua-dua tool ini, disini saya ingin buat rumusan tentang tools ini.

Kelebihan & Kekurangan AliDropship

Antara kelebihan AliDropship:

  • Fungsi Data Sync memudahkan anda untuk handle web store anda
  • Plugin yang dipercayai keberkesanannya
  • Intergrasi dari segi stok produk dan harga sekiranya vendor mengubah barang di Aliexpress
  • Harga yang tidak terlalu mahal ($89)
  • Lifetime update
  • Terdapat banyak ilmu (email & artikel) yang diberikan untuk memantapkan lagi jualan store anda
  • Support multi-currency

Kekurangan AliDropship:

  • Leceh untuk setup
  • Perlukan plugin lebihan untuk atasi masalah produk variasi
  • Support dari AliDropship yang lambat
  • Hanya support e-Commerce Aliexpress sahaja
  • Boleh guna 1 web store sahaja

G-Series Video Panduan Marketing

Kelebihan & Kekurangan Sendsana

Antara kelebihan Sendsana:

  • Mudah untuk digunakan
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Lifetime update
  • Support e-Commerce yang lebih banyak
  • Boleh digunakan untuk WordPress & Shopify
  • Sangat sesuai untuk kegunaan dropship
  • Sesuai untuk market Malaysia dan luar Malaysia
  • Support team yang mantap
  • Boleh guna multi web untuk import

Kekurangan Sendsana:

  • Import produk memakan masa
  • Tiada fungsi Data Sync. Hanya import produk sahaja
  • Import produk yang ada pelbagai variasi mempunyai masalah
  • Tiada bulk import

Konklusi

Setelah gunakan AliDropship & Sendsana, saya boleh katakan kedua-dua tools ini ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.

AliDropship menarik jika anda ingin menjual di market luar Malaysia tapi perlukan kepakaran lebihan dalam WordPress dan juga Woocommerce.

Manakala Sendsana sesuai untuk mereka yang masih newbie dan tidak memerlukan kepakaran yang detail untuk gunakannya. Cuma bagi saya die lagi best sebab ia membantu saya untuk menjual di market Malaysia dengan lagi mudah.

PERHATIAN: Mungkin update & fungsi kedua dua tools ini berlainan untuk masa akan datang. (Artikel update: 20 Julai 2020)

Jadi apa kata anda? Anda boleh comment di bahagian bawah artikel ini sekiranya anda mempunyai pandangan lain. Cheers!

Ingin cuba guna Sendsana?

Klik disini sekarang

 

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. Excellent article. Thank you for sharing kat FB Page.
    Can you help to advice why we should think of importing produk yang ada di platform e-Commerce seperti Lazada, Shopee, Amazon, Ebay, ataupun Aliexpress ke dalam website e-Commerce (WordPress) persendirian?
    Saya tak berapa faham concept ini.
    Is this option for selling a small qty/product collection in our personal blog/etc sites?

    Terimaaa Kaaasih Bro!

  2. I think i posted an earlier question. I think my question should be corrected as follows; Is the reviewed plugin (alidropship & sendsana) are for those who are considering on setting up their own ecommerce platform (as competing to the likes of lazada/shopee)?
    Sorry for the trouble. Appreciate your kind feedback. Thank you.

    1. Hai Kumar. Terima kasih sebab tanya.

      Untuk soalan ni, jawapan saya adalah yes and no. Untuk setup web eCommerce sendiri memang tak memerlukan Alidropship atau Sendsana. Benda ni hanya memudahkan kalau anda buat dropship dengan merchant yang ada di platform Lazada/Shopee.

      Why need your own eCommerce when you have Lazada/Shopee?

      Lazada or Shopee bukan hak milik kita. Banyak restriction yang tak dapat dibuat. Kalau guna web eCommerce sendiri boleh buat macam-macam. Upsell / Crosssell and so on. Meaning more money can be add.

      Hopefully jawapan saya menjawap pertanyaan tuan.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}