October 15, 2025

Gemini vs ChatGPT. Ai mana paling padu untuk kita terer atau nampak terer dalam SEO atau Konten Marketing?

Dah jadi lumrah bagi mana-mana marketer atau content creator gunakan Ai untuk diorang hasilkan bahan marketing atau content yang berkualiti.

Ini saya tak sebut pasal Ai buat gambar atau video pun lagi. Topik ni kita masuk kemudian hari.

Cuma sekarang ni saya nak cakap lebih tentang Gemini & juga ChatGPT sebab bagi saya, ini adalah tools AI yang saya akan guna dulu sebelum pergi ke AI untuk buat gambar ataupun video.



Kenali Model AI: Gemini VS ChatGPT

Walaupun function kedua-dua AI ni lebih kurang sama, tapi ada perbezaan di antara kedua AI ini.

Macam kereta lah. Ada yang untuk comfort dan ada yang untuk laju. So sama juga dengan AI Gemini dan juga ChatGPT. Jom kita kopek 1 per 1.

Gemini AI

Gemini AI ni ibarat versi ‘laju dan ringan’. Dia memang dibuat untuk kerja-kerja high-volume bagi yang nak cepat dan jimat kos.

Kelebihan

Laju & jimat. Sesuai untuk task yang tak boleh ada delay (rendah latency). Senang nak guna.

Multimodality

Ini point paling kuat dia. Gemini Flash ni boleh paham bukan setakat teks, tapi juga boleh baca gambar, audio dan juga video secara serentak.

So bayangkan, dia boleh terus analyze video YouTube dan buat summary untuk kita. Nak suruh buat decription SEO yang on point pun boleh.

Fungsi Gemini AI

Context Window Besar

Model ni juga boleh ingat dan analyze dokumen yang panjang mak nenek (sampai 1 juta token).

Kalau kita nak suruh dia buat ringkasan report pesaing 100 muka surat pun dia boleh handle dengan baik tanpa ada masalah. Power weh!

ChatGPT AI

ChatGPT, terutamanya yang menggunakan model paling baru iaitu GPT-4o, dah memang okay untuk hasilkan bahan yang berkualiti dan reasoning yang mendalam.

Dia ni macam writer senior yang kita boleh harap la dengan lain kata.

Kelebihan

Kualiti penulisannya lebih halus dan nampak natural. ChatGPT jugak dah ada banyak plugins yang dah matang. Plugins pulak bermacam-macam dan boleh buat macam-macam.

Ni korang Google lebih sikit lah. Malas nak tulis sini.

Writing Style

Ramai content creator atau marketer lebih sukakan ChatGPT sebab output yang dia bagi macam manusia yang menulis.

Macam ada nada (tone) gitu bila kita baca. Lepas tu dia boleh buat draf panjang tentang benda yang kita nak tulis.

Ecosystem & Plugin

Platform OpenAI ada kedai GPTs (Custom) yang banyak. Maksudnya, kita boleh sambung dia dengan macam macam tools SEO atau benda lain untuk buat kerja kita lebih specific.

Perbezaan Gemini VS ChatGPT

Ni bukan nak tentukan sapa menang. Tapi kita nakkan perbandingan. Jom kita tengok.

Keyword Research & Idea Content

KategoriGemini 2.5 FlashChatGPT (GPT-4o/GPT-4)
Data TerkiniPower sebab dia native dengan Google Search.
Result dia sangat tepat bila kita tanya pasal trend real-time.
Boleh akses data terkini (kalau subscribe), tapi dia tak integrate sedalam Gemini dengan ekosistem Google.
Struktur TopikBagus untuk buat ringkasan pesaing dan analyze SERP. Lebih kepada raw data.Cemerlang untuk brainstorm idea kreatif dan structure kluster topik dengan susunan yang logik (TOFU, MOFU, BOFU).
VerdictSeri. Guna Flash untuk check data on-the-ground, guna ChatGPT untuk olah strategi dan framing.

 

CiriGemini 2.5 FlashChatGPT (GPT-4o/GPT-4)
Akses Data Masa NyataBerakar umbi dengan Google Search. Cemerlang dalam analyze data SERP dan trend terkini Google.Boleh akses data masa nyata (melalui langganan Plus/Pro), tapi melalui Bing atau carian terbina dalam.
Penciptaan Kluster TopikBagus untuk mencadangkan kluster topik berdasarkan data SERP semasa dan dokumen yang upload (melalui konteks luas).Lebih baik untuk brainstorming secara kreatif dan structure kluster topik yang luas dengan aliran yang logik.
Kajian Niat PenggunaCemerlang untuk tugasan yang berpusatkan Google, membantu kenal pasti format dan sudut content yang berpotensi *dominate* carian.Menawarkan penjelasan yang lebih smooth dan menyeluruh mengenai niat pengguna untuk membantu penyelarasan corong (*funnel alignment*).
Verdict (Keputusan)Seri. Guna Gemini 2.5 Flash untuk analyze SERP dan data berasaskan Google secara langsung, manakala ChatGPT cemerlang dalam mengkonseptualisasikan (fuhh) strategi topik dengan kejelasan naratif.

 

Kecekapan Kos & Kelajuan (API)

CiriGemini 2.5 FlashChatGPT (API)
Kelajuan / LatensiDireka untuk latency yang rendah, menjadikannya sangat pantas dan cekap untuk masa terkini. (contohnya, chatbot segera, ringkasan masa nyata).Kelajuan yang sangat baik, tetapi mungkin lebih perlahan sedikit daripada Flash dalam senario latensi rendah.
Kecekapan Kos (API)Sangat kos efektif. Dilaporkan lebih kurang dua kali ganda lebih murah berbanding model setaraf ChatGPT dalam harga API.Harga yang kompetitif, tetapi model yang lebih tinggi (GPT-4) lebih mahal untuk dijalankan secara berskala.
Verdict (Keputusan)Gemini 2.5 Flash menang jelas dalam hal Kecekapan dan Penjimatan Kos. Pilihan terbaik kalau anda nak scale up penggunaan AI dengan bajet terkawal.

 

Kita boleh tengok dekat sini yang Gemini menang dari segi kos dan kelajuan. (Ni bukan harga yang korang subscribe tu tau. Tu lain)

Apa pun, untuk syarikat yang nak gunakan AI untuk volume tinggi seperti data process atau summary boleh gunakan Gemini disebabkan kos yang ketara ni. 

Penulisan Content (On-Page & Copywriting)

Okay ni part paling penting. Selepas menggunakan kedua-duanya, saya tengok dua-dua hasilkan penulisan yang berbeza.

Penulisan Gemini

Cara penulisan Gemini lebih cekap dan straight forward. Dia terangkan terus content tu tanpa banyak songeh atau putar belit ayat. 

Cara penulisan ni lebih kepada cara professional atau bahasa baku la senang cite. Takde feel. Tapi nak jawapan cekap, memang Gemini ni menang lah.

Penulisan ChatGPT

Perempuan mesti suka ChatGPT sebab ada emosi sikit cara penulisan dia tu. Which ramai jugak marketer suka gunakan termasuklah saya.

Tapi bukan bermaksud saya perempuan lah. Duhh

Nak dipendekkan cerita, penulisan ChatGPT lebih sesuai digunakan oleh marketer yang gunakan ChatBot, WhatsApp Auto Reply ke apa bagi tujuan jualan produk ataupun engagement dengan customer. 

Pemberi Jawapan Tepat

Part ni dengar baik-baik. Tolonglah jangan tanya soalan dekat ChatGPT. Nak tanya soalan, kau pergi tanya dekat Gemini.

Sebab Gemini boleh bagi jawapan yang lebih tepat dan terkini (trend semasa) berbanding dengan ChatGPT untuk situasi atau soalan tertentu.

Sebagai contoh:

  • Gemini: Apartment ni ada swimming pool tak? Jawapan: Ada. Dekat belah belakang Blok B.
  • ChatGPT: Apartment ni ada swimming pool tak? Jawapan: Takda. / Tak pasti. Kami di ChatGPT ni bukan tau update apartment ni. Tak duduk sini bang.

So kalau korang nak tanya soalan, korang nak tanya siapa? Pikir-pikirkan lah.

Macam saya cakap, untuk situasi atau soalan tertentu je ChatGPT ni taktau. So far saya guna, Gemini lebih tepat dan ikut perkembangan semasa.

Konklusi: Siapa Menang?

Takda sesiapa menang bila kita complykan kesemua isu berkenaan dengan Gemini & ChatGPT ni.

Masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Tapi yang saya boleh cakap adalah, anda kena pandai gunakan tool AI ni. 

Kalau boleh jangan gunakan 1 je AI. Gunakan kedua-duanya sekali untuk dapat hasil yang maksimum. Barulah boleh jadi marketer atau content creator yang power.

Ada soalan? Tanya dekat bawah. Apa pun penulisan saya ni berdasarkan kajian dan testing dari saya sendiri. Lain orang mungkin ada pendapat yang berbeza. So jangan lah bergaduh okay. Byeee.



About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}