Ramai usahawan yang ingin memulakan perniagaan internet ni masih tak tahu tentang cara pemasaran online yang sebenar. Kebanyakannya masih lagi langgar dinding.
Serius. Dah lama saya mengajar orang tentang pemasaran online ni tapi diorang ni masih tak buat 4 cara pemasaran online yang saya nak terangkan dekat bawah ni.
Apa Teknik Pemasaran Online Yang Wajib Tu?
Ini bukannya teknik gila tahap gaban yang ada unsur-unsur hype tu. Ini cuma kaedah yang saya gunakan masa saya menjalankan perniagaan Everyday Planners.
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Berikut adalah list 4 cara pemasaran online yang saya gunakan:
- Laman Web (SEO)
- ECommerce (Dynamic Ads)
- Sosial Media
- Marketplace
Gunakan 4 cara ni dan anda akan nampak perubahan / perkembangan dalam perniagaan anda.
Laman Web (SEO)
Kenapa nak kena ada laman web ni? Penting sangat ke?
Asas utama dalam perniagaan internet ni ialah dengan mempunyai laman web anda sendiri. As in website lah. Laman web ni akan berfungsi sebagai kedai yang bukak 24 jam.
Tapi yang best adalah bila anda dapat letakkan ranking website anda di page pertama di Google. Fuhh boleh meletop!
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Banyak lagi fungsi lain yang anda boleh buat dengan laman web ni seperti kumpul database dan susun strategi (funnel) untuk anda pasarkan produk anda.
Dengan fungsi ni anda boleh tingkatkan ROI anda sebanyak 30% daripada yang biasa. Serius. Kalau anda takde website lagi saya suggest anda belajar buat website dengan platfom WordPress.
Anda juga boleh try join Facebook group Kedai Kopi WordPress (KKWP) kalau anda nak belajar pasal WordPress. Ramai otai-otai dalam tu yang boleh tolong anda nanti. Kena rajin bertanya jelah.
E-Commerce (Dynamic Ads)
Platfom eCommerce ni biasanya anda boleh tengok dekat laman web macam aliexpress / lazada. Pelanggan anda boleh buat pembelian dengan debit / kredit kad.
ECommerce ni best kalau anda dah tanam pixel Facebook atau AdWords untuk buat jualan. Anda boleh retarget semula iklan anda di eCommerce tu dekat laman sosial dan juga website lain untuk buat jualan.
Part paling best? Dah tak perlu nak guna Whatsapp dah. Semua urusan pembayaran atau stok boleh di handle dengan eCommerce nih. Kalau anda nak menjual dekat market luar pun boleh. Potensi lagi besar.
Kalau sekarang ni anda masih gunakan Whatsapp untuk buat pembayaran maksudnya anda sudah ketinggalan jauh dengan pesaing-pesaing anda dekat luar sana tu.
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Saya dulu hanya terima pembayaran online sahaja tau. Serius senang keje. Boleh fokus buat benda lain yang lagi penting kalau ada eCommerce ni. Ni website yang saya buat dulu www.everydayplanners.com.
Nak buat duit banyak kenalah buat kerja dengan cepat kan? Kalau nak tunggu Whatsapp memang susah. Nak kena check lagi payment tu masuk betul ke atau tak. Tapi bukan dengan eCommerce.
Kalau anda baru nak belajar tentang eCommerce, anda boleh mulakan DI SINI.
Sosial Media
Platfom seperti Facebook, Instagram, Twitter, etc. tu semua adalah laman sosial. Maksudnya ramai orang melepak dekat situ. Jadi sosial media ni memang sesuai sangat untuk tujuan branding dan juga awareness.
Kalau style saya, saya takkan menjual di sosial media. Semua proses jualan hanya akan berlaku di laman web.
Jadi sosial media ni saya hanya akan gunakan untuk tarik trafik ke laman web sahaja. Bukan PM PM dekat inbox dan buat closing lagi dah. Ini semua adalah cara saya susun strategi (funnel).
Marketplace
Untuk meluaskan lagi jajahan anda dalam dunia digital, anda sememangnya wajib untuk letakkan produk / servis anda di Marketplace seperti Lazada, Mudah.my, Lowyat Forum, Lelong.my, Ebay, dan lain-lain.
Tujuannya adalah untuk memudahkan bakal pelanggan anda jumpa produk / servis yang anda tawarkan tu.
Platfom-platfom macam ni memang ada high traffic yang masuk hari-hari. So anda bayangkan lah. Tak perlu nak buat paid advertising apa bagai dah kalau anda gunakan Marketplace sebagai platfom marketing anda.
[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]
Fuhh letih menaip woi..
Walau apa pun, kesemua proses yang saya terangkan ni semua saya banyak menggunakan kaedah Paid Advertising seperti AdWords dan Facebook Ads kerana ianya lebih mudah dan cepat.
Terpulang dekat anda kalau anda masih ingin gunakan kaedah Percuma atau Offline.
Nak Belajar Online Marketing?
Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!
[author title=”About the Author”]
Kebanyakan orang silap apabila terlalu menjual apabila menggunakan platform social media…
Itu yang berlaku pada team marketing yang saya lead sekarang…
2019 – kami cuba ubah untuk follow seperti anda tulis tu… social media kami akan cuba menulis tips yang berkaitan produk… lebih kepada content marketing…
dengan cara ini kami berharap akan dapat menaikan brand reputation… dimana brand reputation ni mambantu dalam buat closing…
1 lagi.. kalau mana yang baru bermula… sila fokus perkemaskan 1 persatu cadangan diatas… dah stabil 1 cara.. baru pergi ke cara seterusnya…
jangan kalot nak buat semua bende alih-alih semua tak menjadi….