Untuk kaki Facebook Ads, ini mungkin part paling menarik yang anda nantikan. Facebook Text Rule dah takde bossku.
Kalau dulu Facebook bagi rule dimana dalam iklan gambar, anda tak boleh nak letak text yang banyak. Kena pastikan text di dalam gambar hanya ada 20% sahaja. Kalau lebih, potensi besar iklan anda kurang perform. Gitulah.
Image Text Check ( Text Overlay)
So Image Text Check (Text Overlay) yang disediakan oleh Facebook mengandungi rating OK, Low, Medium & High. Tapi sekarang ini Tool Text Overlay dah takde lagi dah. Try lah Google kalau tak percaya. Dah dekat 2 minggu dah takde.
Jadi ini mungkin peluang untuk anda tingkatkan performance iklan anda dengan letak text yang lebih banyak & besar di dalam iklan gambar anda.
BIG news for Facebook advertisers:
Facebook is killing its ‘<20% text in image’ rule for ads
Source: Facebook pic.twitter.com/nP18BSLP7L
— Matt Navarra (@MattNavarra) September 22, 2020
Walaupun ini mungkin berita gembira untuk anda tapi jangan terlebih gembira dulu. Ade potensi setting iklan anda mungkin jadi lebih baik ataupun makin teruk. Pastikan test gambar iklan tu dulu. Apa yang saya tulis harini mungkin betul mungkin salah. Baca boleh, percaya jangan.
Yelah kita taknak akaun ads kita tiba-tiba kena flag pulak kan.
Kalau ini adalah benda yang betul, jadi ini mungkin “game changer” untuk pemain Facebook Ads seperti anda & saya. (Walaupun dah 3 bulan tak run ads :P)
Dari dulu lagi memang saya ada masalah dengan 20% text ni sebab banyak info yang kita nak letak tapi Facebook tak benarkan. Memang tak masuk akal sikit.
Kalau kita compare dengan iklan-iklan di platform yang lain memang tak sama macam Facebook Ads. Yelah nak tulis ayat pendek & letak info sikit die dah mention “Your ad may not run” sebab text banyak sangat dalam gambar.
Apatah lagi text yang die detect tu adalah Logo. So nak letak ayat promosi sikit dah tak boleh. Lagilah buat saya stress.
Iklan tengah testing*
Apa pun yang anda buat, pastikan anda masih ikut rule & policy yang disediakan oleh pihak Facebook. Sebab kita ni berniaga guna platform orang. Kenalah dengan cakap Facebook. Sekian.
Anda ada soalan lain? Boleh terus komen di bawah. Terima kasih sebab baca artikel ni. Harap takde web lain copy paste artikel ni bulat bulat. Haha.
Daripada web Aulisuwais.com
Nak Belajar Online Marketing? Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!
Ada soalan berkenaan dengan Facebook Ads? Boleh terus tanya disini ya!