Dah lama tak tulis blog. Berkarat tangan.
Mohon maaf lah kalau tips kali ni boring tapi ia akan membantu sales team anda atau anda sendiri untuk reply komen di Instagram dengan Facebook Pages Manager.
Haa! Macam mana tu? Meh sini abam tunjukkan.
Cara Mudah Reply Komen di Instagram Dengan Facebook.
Pertama sekali, anda perlu pergi Page anda dan KLIK Setting. Sila gunakan laptop atau PC anda untuk bahagian ini.
Selepas tu klik bahagian “Instagram” dan pastikan anda connect Facebook Page anda dengan akaun Instagram anda.
Dah settle? Ambil phone dan download Applikasi Facebook Pages Manager di phone anda. Kalau dah install tu sila logout dan login semula.
Pergi ke page yang anda baru sahaja link kan dengan akaun Instagram anda tadi dan pergi ke bahagian messenger.
Selepas itu anda akan nampak column logo Instagram di situ. Then voilah! Anda dah boleh gunakan Apps Facebook Pages Manager untuk reply komen di Instagram anda.
Komen pandangan anda terhadap update yang baru daripada Facebook ini di ruangan komen di bawah. Adakah berbaloi ataupun tidak?
Nak Belajar Online Marketing?
Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!
[author title=”Tentang Penulis”]