Cara meningkatkan conversion rate ni bukannya mudah. Produk dah gempak. Marketing dah power. Harga dah murah. Tapi kenapa takde orang nak beli produk atau guna servis anda?
Ramai bisnes owner dekat luar sana tu rasa servis / produk die lah yang terbaik dekat dunia. Orang lain punya tak boleh pakai. Die sorang je yang terer.
Bila takde orang nak beli produk die bagi alasan “kuasa membeli” orang Malaysia ni dah kurang. Sebenarnya tak kurang pun. Cuma strategi yang die guna je yang salah.
Apa pun, saya pasti bisnes owner banyak tak merancang cara marketing. Semuanya hanya berharap dekat Facebook Ads, Instagram atau Google Ads tanpa memahami faktor yang lebih penting.
Sebelum saya cerita tentang step nak tingkatkan Conversion Rate ni, bagi saya ceritakan dulu kenapa conversion rate anda rendah.
Sebabnya, anda kena tahu dulu apa punca dulu sebelum jumpa cara penyelesaiannya.
Brand Positioning
Antara kesilapan yang saya selalu dapati adalah tentang Brand Positioning. Bahasa mudahnya apa yang anda ingin tekankan antara produk anda dengan Brand anda.
Kebanyakan Brand yang saya kenali, mereka sentiasa buat mistake yang sama. Iaitu tidak fokus.
Maksud saya adalah mereka ingin menjual barang yang tiada kena mengena dengan jenama yang mereka sedang bawa.
Sebagai contoh, Jenama yang bernama Onik. (Contoh..)
Onik menjual barang-barang antik seperti perabot, alatan muzik, atau perhiasan lain untuk sekian masa. Tiba-tiba Onik ingin menjual perabot biasa IKEA, atau alat-alat muzik biasa seperti gitar.
Masalah disini adalah, Raving Fan yang Onik cipta adalah mereka yang minat dengan barang-barang antik. Tidak kira apa jenis barang sekalipun tetapi mereka inginkan barang antik.
Bila anda menukar konsep bisnes itu sendiri, conversion rate memang akan jatuh. Yelah, orang nak beli barang antik, tiba tiba kau nak jual sofa IKEA biasa.
Sebab tu kita cuba close macam mana sekalipun, dia susah nak convert kepada sales. Ianya seperti anda baru mula berniaga walaupun anda dah berniaga lebih dari 3 tahun.
Unique Selling Point
Haa ni pun salah satu sebab kenapa conversion rate anda rendah.
Banyak bisnes owner sendiri tak tahu apa USP die. Kalau takde USP, kena la buat bagi ada.
Anda nak pelanggan anda mencari anda. Anda nak mereka membeli dengan anda. Tapi kalau takde USP, macam mana diorang nak beli dan terus membeli.
Dengar je macam tak penting tapi bagi saya ia adalah satu elemen yang sangat penting yang wajib ada dekat setiap bisnes di luar sana.
Okay kita stop sampai disini. Banyak faktor lain lagi kenapa conversion rate anda rendah. Tapi 2 benda ni yang saya nak tekankan.
Sekarang kita teruskan kepada cara untuk meningkatkan conversion rate.
Cara Meningkatkan Conversion Rate
Ini adalah cara simple yang anda boleh buat untuk naikkan conversion rate anda mengikut pengalaman saya.
- Kenalpasti Target Audience Anda
- Masalah Dalam Pengiklanan (Advertising)
- Timing (Masa)
- Proses Pembelian
- Psikologi Barang & Harga
Kenalpasti Target Audience Anda
Produk / servis anda ni untuk siapa? Siapa yang patut gunakan?
Mistake yang biasa saya tengok adalah ramai Usahawan jual produk / servis mereka untuk semua orang. Tak spesifik langsung.
Contoh jual bantal. Anda kena faham tentang masalah seseorang tentang bantal dahulu baru boleh menjual. Sebab tu kena kenalpasti siapa target market kita dan apa masalah yang dia ada.
Masalah Dalam Pengiklanan
Tak rancang cara marketing anda adalah salah satu benda paling kurang bijak bagi saya kerana benda ni teramat lah penting.
Merancang bukan sahaja bermaksud susun Flow Marketing tu tapi merancang tentang apa kempen content marketing yang ingin disampaikan kepada prospek / pelanggan.
Timing
Sesuatu barang itu akan lebih mudah terjual sekiranya anda mempromosikan produk / servis anda pada masa yang sesuai.
Bukan sahaja cuba menjual pada waktu orang bergaji malah boleh menjual mengikut musim tertentu seperti Hari Raya.
Saya ambil contoh Baju Melayu Tradisi. (sebab beli baju raya tahun ni dekat sini..haha)
Tradisi adalah satu jenama menjual pakaian seperti Baju Raya & Kurta. Jadi diorang akan cuba menjual pada musim perayaan.
Apa jadi kalau diorang menjual selepas musim perayaan? Mungkin conversion rate tak tinggi pun. Sebab orang lelaki mostly pakai baju melayu hari raya je. Itu pun kena paksa 😛
Proses Pembelian
Cara pembelian memang memainkan peranan penting dalam peningkatan conversion rate anda.
Ada orang yang suka guna Whatsapp, ada yang suka COD, dan ada juga yang suka bayar online di website.
Jadi anda kena tahu behavior pelanggan anda. Bagi saya, anda perlu sediakan ke tiga tiga jenis payment method macam yang saya nyatakan di atas supaya pelanggan boleh memilih cara pembelian yang mereka nak.
Tapi kalau dah ada website, push je mintak beli di website. Senang ada rekod semua berbanding COD atau Whatsapp.
Psikologi Barang & Harga
Saya suka dengan jenama Apple dan cara diorang mempromosikan barang mereka seperti iPhone.
Apple menggunakan strategi Decoy Effect iaitu strategi pemasaran dan positioning harga yang bertujuan untuk membuatkan prospek membeli produk mereka yang paling mahal.
Apa yang diorang buat adalah menyediakan 2 siri decoy yang membuat orang tidak teragak-agak untuk beli yang mahal.
Sebagai contoh:
- iPhone Xr = $749
- iPhone Xs = $999
- iPhone Xs Max = $1099
Untuk mereka yang kurang mampu, diorang boleh dapatkan Xr.
Tapi orang yang mampu beli Xs, diorang akan fikir yang harga Xs Max hanya beza $100 je. So better beli Xs Max je.
Apa yang saya nak tekankan adalah, jika anda menjual produk, pastikan anda buat 3 pakej.
- Paling murah (sasaran untuk orang yang kurang mampu atau nak cuba produk)
- Pertengahan (harga mesti jauh beza dari pakej pertama)
- High End (harga tak jauh beza dari pakej pertengahan)
Sasaran die adalah untuk push orang beli pakej high end je sebenarnya. Jadi 2 pakej yang lain tu hanya decoy semata mata.
Cara meningkatkan conversion rate ni kalau anda mahir, senang untuk anda buat jualan dengan mudah. Sales meningkat, anda gembira. Belajarlah lagi tentang cara ini dengan lebih mendalam.
Okay itu je yang saya nak sampaikan.
Nak Belajar Online Marketing?
Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!
ada tak google ads ebook dengan gambar dan cara? sebab saya kena handle. first time walaupun da pegi class still tak faham..tengok video encik senang. tapi ada juga yang kurang faham. kalau ada, berapa RM ye?
Saya ada buat panduan. Kalau tuan berminat boleh check dekat link ni >> https://aulisuwais.com/g-series-core/