G-Series Video Panduan Marketing Apa sebenarnya beza antara Facebook Ads vs Google Ads? Dua ni ada persamaan yang sama iaitu kena bayar. Tapi mana satu platfom yang lebih baik? Okay apa yang saya nak tulis ni adalah pengalaman saya sendiri menggunakan kedua dua platfom ini selama tempoh 7 tahun saya menggunakannya.

Apa Beza Facebook Ads VS Google Ads

First sekali anda kena tahu beza platfom Google dan juga Facebook dulu. Google adalah Search Engine manakala Facebook pula adalah Sosial Media. Memang jauh beza. Tapi saya rasa anda dah tau so tak perlu saya nak explain panjang lebar pasal benda ni. Cuma mungkin ada segelintir dari kalangan anda tak tahu apa beza dari segi Advertising.

Pengiklanan Di Facebook

Contoh objektif iklan Facebook boleh tengok di atas. Ada banyak pilihan. Ianya semua bergantung kepada objektif mana yang anda ingin pilih. Perlukan engagement, klik ke website, atau nak promote video boleh pilih terus daripada list objektif yang disenaraikan. Tak di nafikan Facebook Ads sangat bagus. Nak tahu cara buat iklan di Facebook? Klik Sini. Sesuai kalau nak dapatkan lebih ramai customer / prospek dalam tempoh yang singkat. Cuma pengiklanannya terhad di Sosial Media seperti Facebook & juga Instagram.
PRO
CONS

Pengiklanan Di Google

Cara iklan di Google adalah sedikit berbeza kerana Google adalah search engine. Bukannya sosial media. Apa pun tempat pengiklanannya hanyalah di jajahan Google sahaja. Untuk tahu lebih lanjut tentang jenis iklan di Google boleh klik sini.  Google Ads boleh kata bagus juga. Anda boleh dapatkan customer / prospek yang sangat berkualiti. Tapi dapat result lambat. Facebook Ad vs Google Ads Exp Kalau anda buat iklan jenis "Search Network", anda kena dapatkan orang search keyword yang anda pilih di Google dahulu baru mereka akan nampak iklan anda. Kalau takde orang yang search keyword tersebut, then takde lah sales. Cuma part yang best tentang Google Ads ni, anda boleh buat iklan di web-web jajahan Google, Mobile App, dan juga YouTube. Jadi ianya sesuai untuk buat awareness marketing. Sebab lagi besar jajahan dan pengguna platfom tu, lagi ramai orang yang berpeluang untuk nampak iklan anda tu.
PRO
CONS
G-Series Video Panduan Marketing

Konklusi

Setelah lihat dengan teliti, Facebook Ads vs Google Ads memanglah berlainan. Facebook Ads lebih kepada mengejar dan mencari customer tapi Google Ads pulak  menunggu customer yang datang.  Senang cerita, kalau anda nak sales anda laju, gunalah Facebook Ads. Sebab die cari pelanggan tu macam ejen insurans yang nak kejar sales. Huhu Tapi kalau anda nak pelanggan yang berkualiti, gunalah Google Ads. Sebab yang datang dari Google Ads biasa memang sedang mencari apa yang anda jual atau provide. Jadi dari segi Conversion rate sepatutnya Google Ads menang. Apa pun saya tak kata Facebook Ads ni tak berguna. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Keduanya mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri.  Anda sebagai marketer, kenalah gunakan kedua dua platfom ini supaya anda boleh boost sales anda di platfom online. Harap sharing saya yang tak seberapa ini membantu anda. [thrive_leads id='45017']